Tuesday 16 June 2015

MESTI TAHU - 6 Nama anak Yang Paling popular tapi diSUKAI Jin


Dalam program TV Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin dan disukai JIN.

Walaupun sebutan nama-nama ini sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang yang menggunakan nya.

Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak anda semua:


    #Balqis
    #Qistina/Kistina
    #Najwa
    #Zaquan/Zakuan
    #Batrisya
    #Erisya


#@#Peringatan daripada Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu menukar nama, tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan.

#@#Sebagai contoh, nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.

#@#Namun, sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya...

#@#Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah, banyak kes pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas.

#@#Sebab itulah Ustaz Sharhan menasihatkan, elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu 'dipakai' jin.

P/S :: Walau bagaimanapun, tidaklah salah atau berdosa jika sekiranya Anda Semua menggunakan nama tersebut...  
Wallahu a'lam...

Thursday 11 June 2015

INILAH 4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MANJADI PENGHUNI NERAKA

Suatu perkara yang pasti bahawa Syurga dan Neraka adalah dua tempat balasan yang Allah s.w.t. ciptakan. Syurga diciptakanNya sebagai tempat tinggal yang abadi bagi kaum Muslimin dan Muslimat dan Neraka sebagai tempat tinggal bagi kaum Musyrikin, Musyrikat dan pelaku dosa yang Allah s.w.t. telah melarang darinya. Setiap Muslim yang mengerti keadaan Syurga dan Neraka tentunya sangat berharap untuk dapat menjadi penghuni Syurga dan terhindar jauh dari Neraka, inilah fitrah.

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.
“Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang.” komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

“Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan.” Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk-burukkan suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

“Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau.” sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).

Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.

“Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan.”

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.

” Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. “

” Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. “

” Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta.”

3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.

” Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award.”

” Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. “

” Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni.”
4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.

Mengenai hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w tentang penghuni Syurga yang majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan Neraka yang majoriti penghuninya adalah wanita. Tetapi hadis ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Neraka dan menjadi majoriti penghuninya, namun demikian sebab-sebab tersebut disebutkan dalam hadis lainnya.

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”

(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Imam Qurthubi (rahimahu ‘Llah) menjelaskan maksud hadis di atas dengan pernyataannya :

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.”

(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah halaman 369)

Jika kita perhatikan keterangan dan hadith di atas dengan insaf, nescaya kita akan dapati beberapa sebab yang menjerumuskan kaum wanita ke dalam Neraka bahkan menjadi majoriti penghuniya dan yang menyebabkan mereka menjadi golongan minoriti dari penghuni Syurga.

1. Kufur Terhadap Suami dan Kebaikan-Kebaikannya :

Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini pada sabda baginda di atas tadi. Kekufuran seumpama ini terlalu banyak kita dapati di tengah-tengah keluarga kaum muslimin, iaitu seorang isteri yang mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian waktu yang panjang hanya dengan sikap suami yang tidak sesuai dengan kehendak isteri sebagaimana kata pepatah,’panas setahun dihapus oleh hujan sehari’. Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya, janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan suami kerana Allah s.w.t. tidak akan melihat isteri seumpama ini sebagaimana dijelaskan Rasulullah s.a.w :

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.”

(Hadis Riwayat Nasaie)

Hadis di atas adalah peringatan keras bagi kaum wanita muslimah yang menginginkan keredhaan Allah s.w.t. dan SyurgaNya. Maka tidak layaklah bagi wanita yang mengharapkan akhirat untuk mengkufuri kebaikan-kebaikan suaminya dan nikmat-nikmat yang diberikannya atau meminta dan banyak mengadukan hal-hal kekurangan yang tidak sepatutnya untuk diperbesar-besarkan.

Jika sedemikian keadaannya, maka sangat tidak sesuai sekali jika wanita yang kufur terhadap suaminya serta kebaikan-kebaikannya dikatakan Rasulullah s.a.w sebagai majoriti kaum yang masuk ke dalam Neraka walaupun mereka tidak kekal didalamnya.

Cukup sekiranya isteri-isteri Rasulullah s.a.w dan para sohabiyah sebagai suri tauladan bagi isteri-isteri kaum muslimin dalam mensyukuri kebaikan-kebaikan yang diberikan suaminya kepadanya.

Jom Kenali Personaliti Melalui Kepanjangan Jari!



Posisi Tidur Melambangkan Peribadi Diri Sendiri







Kenapa Orang Islam Sembah Kotak Hitam Tu?

KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM
Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Muslim: Oh.. itu Ka’abah atau nama lainnya Baitullah
Kafir: Baitullah tu apa?
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.
Kafir: Allah ada dalam tu?
Kenapa Orang Islam Sembah Kotak Hitam Tu?
Kenapa Orang Islam Sembah Kotak Hitam Tu?
Muslim: Tak..
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan kotak hitam tu kalau Allah tak ada dalam tu?
Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu…
Kafir: Kau sembah apa?
Muslim: Aku sembah Allah SWT.
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.
Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah Kaabah la.
Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
Kafir: Pernah.. selalu…
Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?
Kafir: Tengok perlawanan bola la.
Muslim: Di mana?
Kafir: Dalam TV la…
Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.
Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada…
Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
Kafir: Jadi…?
Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?
Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu…
Muslim: Peliknya…
Kafir: Sebab apa pulak pelik?
Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat…
Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya…
Muslim: Hmmm… jadi tak peliklah ni…?
Kafir: Ya.. tak pelik
Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah…
Kafir: Erk.. kau betul..
Semoga beroleh kefahaman dan manfaat.
PLEASE “SHARE”

Sumber : Facebook

SubhanAllah, Bayi serba hitam dan gelap dilahirkan di Afrika Selatan



SubhanAllah!.. Semua berlaku dengan kehendak Allah. Pasti ada hikmahnya. Biarpun hitam dan gelap, namunanak yang dikatakann bayi paling gelap ini nampak comel dan sungguh luar biasa.
SubhanAllah, Bayi serba hitam & gelap dilahirkan di Afrika Selatan
Sumber mengatakan bukan hanya setakat kulit saja yang hitam, kuku, mata serta bibir bayi ini juga ikut berwarna hitam seperti kulit bayi itu sendiri.
Keunikan yang dimiliki bayi yang lahir di Afrika Selatan ini digelar dengan nama bayi paling gelap di dunia.
Dua keping gambar bayi yang tersebar di media sosial mulai menjadi viral dan para media turut memburu biodata serta tempat dimana anak itu dihirkan.
Semua anggota badan bayi ini hitam dan gelap..
Namun, sehingga kini masih belum ada mana mana media yang memastikan siapa sebenarnya bayi bayi tersebut. WaAllahu'alam.

MISTERI KUBAH MASJID NABAWI BERUBAH DARI HIJAU MENJADI MERAH TIBA-TIBA! (VIDEO)

Dunia Maya beberapa ketika dahulu dihebohkan dengan video yang memaparkan keadaan Kubah Makam Rasulullah, yang awalnya berwarna hijau, kemudian secara tiba menjadi merah.
peristiwa ini telah membuat beribu-ribu orang yang ada disana hairan dan bertempiak...!



Banyak spekulasi yang telah muncul, ada yang mengatakan peristiwa ini berlaku kerana tanda telah keluarnya dajjal, ada juga membayangkan satu isyarat bakal terjadinya sesuatu yang dahsyat dikalangan umat muslim dan lain sebagainya.
Penjelasan Secara Logik :
Setelah dilakukan penelitian, ternyata peristiwa yang gempar ini, berkait dengan satu lampu yang berwarna merah, yang posisinya berdekatan dengan kubah makam Rasulullah.
Lampu yang sudah wujud sekitar 30 tahun lebih itu tidak dihidupkan tetapi ia dihidupkan, akibatnya pantulan cahayanya, mengenai kubah makam, kesannya seolah ada perubahan warna pada kubah, menjadi agak kemerahan.
Dengan demikian, peristiwa perubahan warna pada kubah Makam Rasulullah, hanya peristiwa biasa saja, tidak perlu terlalu panik menerimanya.
Lihat video kat sini ==> VIDEO

MESTI BACA !!! Garis Putih Pada KUKU ,Apakah Keburukannya...Adakah Anda Sakit ???


RAHSIA GARIS PUTIH PADA KUKU YANG RAMAI TIDAK TAHU KEBURUKKANNYA !!!

semestinya anda melaluinya kan ? seakan ada garis putih pada kuku yang mendatankan perasaan tidak selesa . Itu adalah tanda bahawa anda tidak berada dalam keadaan sihat .? Pernah tak anda terfikir apa penyebab garisan putih ini muncul?

Tahukah anda, salah satu cara untuk melihat tahap kesihatan seseorang adalah dengan melihat perubahan pada kuku seseorang itu. Garisan putih pada kuku merupakan simptom yang dinamakan Muehrcke’s Nail (Sumber Wikipedia). Secara jelasnya tidak diketahui sebab pembenetukan garisan putih ini...

Tetapi ianya dikaitkan dengan kekurangan protein di dalam badan. Maka, seseorang yang mempunyai garisan putih pada kuku berkemungkinan mempunyai masalah kekurangan protein.
Kesimpulannya , amalkan gaya hidup sihat selalu ok...



SUMBER : myinfoterkini.blogspot

NASA SAHKAN BUNYI ANEH "KIAMAT" DARI LANGIT Kedengaran (5 VIDEO)



#WASHINGTON DC – Tiada apa-apa sambutan perayaan besar atau pesta konsert hiburan, namun bunyi gemuruh aneh dari langit yang menyerupai gema suara terompet berjaya dirakamkan ramai pihak di seluruh dunia.....

#Sehingga kini, bunyi pelik itu telah dikesan kedengaran di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, Rusia dan Jerman tetapi difahamkan suara tersebut juga dapat didengar di banyak negara cuma ia tidak dihebohkan sangat.....

#Beberapa pengguna media sosial membuat inisiatif sendiri merakam suara itu dan memuat naik menerusi laman YouTube; terbaharu 4 April lalu, bunyi tersebut direkodkan di Jerman sehingga menakutkan ramai penduduk......



#Bagi umat Islam, fenomena bunyi gemuruh itu dikaitkan lebih menyerupai terompet ‘sangkakala’, meskipun tiada siapa pula pernah mendengar bunyi sebenar penanda hari kiamat itu kerana logiknya ia belum pun lagi berlaku....

#Di Kanada, seorang penduduk tempatan, Kimberly Wookey berjaya merakam banyak klip suara itu serta memuat naik dalam YouTube termasuk bunyi paling menyeramkan bulu roma yang direkodkan pada 29 Ogos tahun lalu.......

#”Ini adalah kali kedua saya mendengar sendiri suara-suara terompet semacam ini di Kanada,” tulisnya melalui akaun YouTube-nya. “Pertama kali pada pagi 19 Jun 2013, namun ia tidak sebesar yang sekarang,” ujar Wookey.....




#Biarpun bunyi yang dipercayai berasal dari ruang angkasa itu kedengaran aneh dan ngeri, beliau tidak pula ingin mengaitkannya dengan isu agama atau mistik, sebaliknya yakin suara itu berasal dari fenomena geofizik bumi......

#Berbeza pengalaman Aaron Traylor dari Montana, AS cenderung percaya bunyi tersebut ada kaitan dengan magis, malah dirinya mengalami mimpi buruk berhari-hari setelah memuat naik video suara itu menerusi media sosial.......

#Isterinya pula kerap membangunkannya tengah malam kerana mendengar Traylor berteriak histeria sewaktu tidur sejak pertama kali mendengar bunyi terompet itu ketika berjalan di sekitar rumah dengan anak dan anjingnya........  



#Semasa kejadian tersebut, si anjing peliharaan Traylor tiba-tiba langsung membengkokkan kelopak telinga seperti cemas melihat benda seram dan anak perempuannya yang masih kecil turut berhenti melangkah kerana takut..... 

#Dari sisi sains, pihak Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) di AS merumuskkan keanehan itu sebagai suara latar bumi yang memang wujud secara semula jadi dan bukan bunyi kapal angkasa mahkluk asing...... 

#”Kita sebenarnya boleh mendengar alunan simfoni khas berbentuk suara ribut yang pelik langsung dariplanet kita, ia bukan bunyi dari pesawat,” kata jurucakap NASA yang dipetik pelbagai media tempatan di AS pada Isnin......



#Menurut NASA, suara menyerupai gemuruh terompet itu dapat disamakan dengan runut muzik latar yang biasa kita tonton menerusi filem-filem sains fiksyen, cuma suara tersebut memang nyata berasal terus dari bumi...... 

#NASA menjelaskan fenomena bunyi itu sebenarnya alamiah dan ada setiap waktu, namun, telinga manusia normal yang tidak dapat mengesannya atau tahap ‘volume‘ suaranya tidak terlalu besar. – Agensi....