Thursday 17 March 2016

Dehidrasi, Bahaya Kekurangan Air Dalam Tubuh

Kita sering diberitahu tentang bahaya dehidrasi dan apakah sebenarnya maksud dehidrasi? Dehidrasi dalam bahasa mudahnya adalah suatu keadaan kehilangan atau kekurangan air dalam badan.

Bahaya+Dehidrasi

Seperti yang kita sedia maklum, lebih 70% daripada komponen didalam tubuh kita adalah air. Oleh itu, kehilangan air dalam tubuh badan akan merencatkan sistem komponen tubuh kita daripada berfungsi dengan lancar.

Ini adalah seperti perumpamaan sistem enjin kereta yang tidak dijaga minyak pelincir didalamnya yang mengakibatkan kereta itu meragam lalu mengalami kerosakan. Konsep yang sama juga berlaku dalam tubuh manusia.

Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan kita mengalami dehidrasi:

Keletihan

Aktiviti enzim didalam badan menjadi perlahan

Sembelit

Usus kekurangan air kerana telah mengeluarkan banyak air lebih daripada biasa untuk membekalkan cecair kepada komponen-komponen tubuh yang lain.

Masalah Pencernaan

Enzim pencernaan yang kurang boleh menyebabkan masalah pedih ulu hati, gastrik dan ulser.

Tekanan Darah Tinggi

Darah menjadi pekat dan sukar untuk melakukan proses pengepaman darah.

Kolesterol Tinggi

Tubuh akan menghasilkan lebih kolesterol untuk menggantikan air yang hilang.

Masalah Pernafasan

90% daripada paru-paru mengandungi air dan kekurangan air akan memberi masalah pernafasan.

Ketidakseimbangan Asid-Alkali dalam badan

Tubuh tidak berupaya untuk menyahkan asid dalam badan. Asid yang tidak dikeluarkan akan menjadi penyakit.

Pertambahan Berat Badan

Apabila makanan tidak dapat diproses kerana kekurangan air, ia akan mengakibatkan berat badan bertambah.

Penyakit Kulit

Kulit merupakan laluan nyah toksin badan yang terbesar. Kekurangan air menyebabkan toksin dalam badan tidak boleh dikeluarkan melalui kulit.

Masalah Hati, Buah Pinggang dan Pundi Kencing

Kekurangan air menyebabkan toksin di dalam organ-organ ini tidak dapat dikeluarkan dan berkumpul menjadi penyakit.

Sakit Sendi

Kekurangan air mengakibatkan bahan pelincir di pertemuan antara tulang berkurangan dan menyebabkan rasa sakit semasa melakukan pergerakan.

Kesan Penuaan Lebih Cepat

Tubuh bayi yang baru lahir mengandungi lebih 90% air. Jumlah tersebut akan terus berkurangan sehingga ke 50% apabila tua sekiranya tidak dijaga.

Kesimpulan

Oleh itu, mari pastikan kita minum air secukupnya setiap hari. Bukan saja cukup tetapi juga mempunyai pilihan untuk meletakkan kesihatan anda ditahap optima.

BACA INI JUGA: Manfaat Makan Tembikai Untuk Kaum Lelaki

Sumber: Nurisaomar

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2016/03/dehidrasi-bahaya-kekurangan-air-dalam.html#ixzz43AUJ4DY3
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

No comments:

Post a Comment