Thursday 20 August 2015

Akibat menghina azan, apa yang berlaku kepada badan dan kepala lelaki ini amat mengerikan


Suatu bunyi yang amat kuat dan mengerikan kedengaran di hadapan saya… Empat lima kali lagi bunyi dentuman itu hinggap di telinga saya, kemudian terdengar pula bunyi benda jatuh dan terseret diatas jalan raya. Api memercik dari tempat benda yang terseret itu. Serentak itu saya terdengar suara orang menjerit-jerit..

Tayar dibrek secara mengejut dan kemudian, DDDAAAMMMM!! DDAAMMM!! Terdengar lagi bunyi dentuman dan jeritan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Saya segera menekan brek dan sebaik motosikal berhenti, saya terus menyalakan lampu.

Ya Allah…!!!!!

Saya tergamam.. Di hadapan saya kelihatan kawan-kawan tergelimpang diatas jalan. Uzir tertiarap tidak bergerak-gerak. Fahmi di bawah sebuah motosikal yang masih mengaum enjinnya. Yang lain-lain juga hampir sama keadaannya….

Ada yang terbaring sambil meraung, ada juga yang menekup muka dipenuhi darah dan beberapa orang lagi memegang Lengan dan kaki. Baju mereka koyak rabak. Suara meminta tolong dan mengaduh kesakitan silih berganti..

Saya segera membantu kawan-kawan yang kesakitan itu. Kebetulan ada sebuah kereta melalui jalan tersebut. Lantas pemandu dan penumpang kereta berkenaan turun membantu kami..

Ketika mengangkat Fahmi yang terbaring di bawah sebuah motosikal, saya terasa seperti hendak menangis kerana keadaannya sangat mengerikan. Kepala sahabat saya itu pecah dan dipenuhi darah. Mukanya hancur dan beberapa ketulan berwarna putih di sisi kepalanya yang pecah itu!!!!

Ya Allah, Fahmi! Fahmi!!!!

Kami angkat Uzir pula…. Semasa diangkat, kakinya terkulai dan lengan kirinya putus separas siku!!!!

Badan saya menggigil…. Saya betul-betul panik. Kawan-kawan yang cedera semua diletakkan ditepi jalan..

“Uzir! Uzirrr!!!” kami memanggil-manggil nama Uzir, tapi dia tidak menyahut lagi. Kami tidak tahu apa yang hendak dibuat, kami tidak menyangka kemalangan ini akan terjadi..

Mujurlah dalam kekalutan itu ada sebuah lagi kereta melalui jalan tersebut beberapa minit kemudian dan menolong kami membantu kawan-kawan yang cedera tadi..

“Mana Amran?” saya dengar seseorang bertanya….
Oh ya, Amran!!!
Kami mencarinya, dan sahabat kami itu berserta motosikalnya dijumpai dalam parit di tepi jalan yang dipenuhi semak samun berserta air separas lutut. Dan, sekali lagi saya hampir menitiskan air mata apabila melihat mukanya juga hancur dan dipenuhi darah.

Kami rasa nadi dan nafasnya. “Amran! Amraaaiiiiii!’
Semua yang cedera itu di bawa ke hospital dengan bantuan kenderaan kenderaan yang melalui jalan tersebut. Saya turut ke hospital dan malam itu, saya menitiskan air mata apabila diberitahu, selain Fahmi, Amran juga meninggal dunia.

Esoknya, mayat kedua-dua sahabat baik saya itu selamat dikebumikan. Fahmi pergi meninggalkan kami dalam keadaan kepalanya pecah, tangan dan kaki patah. Salah satu daripada biji matanya hilang.

Amran pula patah tengkuk dan tulang belakang. Kubur Amran dan Fahmi digali dengan jengkaut dan kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad. Hanya saya dan tiga empat orang lagi sahabat yang dapat menghadiri upacara pengebumian tersebut, selebihnya masih di hospital.

Dua minggu kemudian, Uzir pula menghembuskan nafas terakhir selepas koma dan dijangkiti kuman ekoran pembedahan yang dilakukan pada tangan dan kaki kakinya. Kematiannya turut disebabkan oleh kecederaan dalam, terutamanya dada, akibat terhentak di atas jalan raya.

Seorang lagi kawan kami, sampai sekarang cacat kerana tulang kakinya remuk akibat kemalangan tersebut. Sekarang, kawan saya itu berjalan tempang..

#Apa sebenarnya punca kemalangan ngeri itu, saya bertanya soalan tersebut kepada kawan-kawan. Cerita mereka, ia berpunca apabila kumpulan lima buah motosikal yang mendahului perlumbaan itu tertunggu-tunggu ketibaan kami yang tercicir ini.

Lebih 10 minit menunggu kami tidak muncul-muncul, mereka mula berasa pelik. Kata motosikal masing-masing laju sangat, tapi takkanlah sampai 10 minit ketinggalan. Lantas, seorang daripada mereka mencadangkan agar disusul kumpulan yang tertinggal tadi. Masing-masing setuju. Mereka pun berpatah balik dan berlumba sekali lagi di dalam gelap. Ketika sedang memecut motosikal masing masing itulah kami bertembung.

Kemalangan itu menjadi bertambah buruk kerana kami semua tidak memakai topi keledar. Sebab itu Fahmi dan Amran cedera teruk di kepala, begitu juga dengan kawan-kawan lain yang cedera di muka akibat terseret di atas jalan.

Selain kehilangan tiga orang sahabat, kemalangan itu juga telah menginsafkan saya tentang kebesaran dan keagungan Allah. Pertama, bersyukur kerana malam itu saya berada di tempat tercorot. Sempatlah saya membrek dan mengelak daripada bertembung.

Kedua, saya menginsafi dengan sesungguhnya, kita jangan sekali-kali mempermain-mainkan Allah dan agama, termasuk azan yang dikumandangkan untuk menyeru kita bersolat. Jangan, jangan sekali-kali!

Saya kata begitu sebab sebenarnya, pukul 6.30 petang sebelum kemalangan, kami berkumpul di simpang jalan sambil bermain gitar. Kami leka melalak dan mengurat anak dara, sampailah azan Maghrib berkumandang.

“ALLAHU AKBAR… ALLAH HU AKBAAARRRR!! “ASYHADUALLAILA HAILLALLAAAAAHHHHHH!”

Saya terus diam, menghormati laungan azan dari masjid kira-kira 200 meter dari tempat kami melepak itu. Kami senyap mengunci mulut, kecuali Fahmi yang tiba-tiba saja bersuara…

“Ran… cuba kau cari kod ni!”

“Kod apa?” Saya masih ingat, itulah jawapan Amran apabila ditanya oleh Fahmi.

“Kod azanlah! Cepat, nanti habis pulak”, jawab Fahmi.

Saya terdiam. Tercengang. Hendak marah ada, terkejut pun ada. Saya gelak dan berkata, “gilalah engkau ni, maksud saya, janganlah azan itu dibuat main. Azan bukannya lagu untuk dicari kod muzik dan iramanya. Tapi Amran dan Fahmi terus ketawa.

Saya masih ingat lagi, selepas Fahmi berkata demikian, Amran terus memetik gitar yang sejak tadi dikepitnya.

GRENGGG!!! GREENGGG!! Tinggi juga suara bilal tu,” kata Fahmi apabila Amran cuba beberapa kod yang difikirkannya senada dengan suara muazin.

Kemudian, saya juga dengar Uzir menyampuk dan ketawa. Uzir pula memetik tali bass gitarnya. Dua irama bergabung mengikut laungan azan. Mereka mengajak saya untuk turut memetik gitar, tapi saya enggan.

Gabung menglimi hiing.in.I/.m Nit I, ka mengajak saya uiiiuk mi iii III, I,,, I d gitar, Masih jelas dimata saya, Maghrib itu Amran dan Uzir bermain gitar melagukan suara azan. Fahmi pula memberi semangat supaya dua sahabat kami itu mencari kod yang betul. Sambil itu mereka tersengih.

Kami hanya menggeleng-gelengkan kepala…. Saya tidak sanggup hendak melagukan azan dengan gitar sebab saya pasti, macam hari-hari sebelumnya, petang itu saya akan menanggung dosa besar kerana tidak menunaikan solat Maghrib. Saya tidak mahu menambahkan lagi dosa itu dengan dosa mempermainkan azan.

Apa yang berlaku tidak boleh ditarik semula. Yang dapat saya lakukan kini hanyalah berdoa semoga dosa arwah Amran, Fahmi dan Uzir diampunkanNya dan mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Insya-Allah, Aidilfitri ini saya akan ke pusara Amran, Fahmi dan Uzir, yang sudah lama tidak saya kunjungi. Semakin dekat dengan lebaran, semakin kuat ingatan saya kepada mereka sebab kemalangan itu berlaku hanya beberapa minggu saja sebelum Ramadhan.

No comments:

Post a Comment